THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Words of Wisdom ...or so it seems...


VIDEO OF THE MOMENT

Monday, 27 December 2010

The not so simple letter that made the difference....

This is an epilogue to the post prior to this, "Rock the mic" should only be left to the rock n rollers".

Just in case you're wondering, this letter got the job done. For now, there is bliss in the neighbourhood. The mosque still utilizes the microphone, but in a much lower tone, I hardly hear anything when I'm in the house. I waited for three Sunday mornings for the effect of this letter, just to be sure that the first silence was not coincidental.

Three Sundays later, I can now confirm that my letter have had a positive impact on my eardrums, and dare I claim, the eardrums of the silently yet timid suffering neighbours. For now, there is bliss.

So if you want some peace of mind, you have my permission to use this letter, easier if you cut, paste and post , of course be creative in creating the name signed on the complain letter , (wink..wink..), address it to the mosque you want to have the activities post azan, to tone down, and to the Majlis Perbandaran of your area.



Assalamulaikum.

Saya ingin meminta jasa baik pihak masjid agar microphone masjid diturunkan nadanya,(tidak termasuk panggilan azan). Ini kerana, setelah azan berkumandang, pihak masjid gemar menyiarkan secara langsung, melalui microphone, samada,

1. upacara solat dari rakaat pertama hinggalah ke akhir solat

2. memberi ceramah ugama yang berkumandang kuat tetapi jika berada di dalam rumah, kami tidak dapat memahami apa yang di perkatakan dan ceramah hanya menjadi satu pencemaran bunyi. Ini juga berlaku pada pagi ahad yang shahdu, dimana itulah satu satunya pagi yang dapat kami qada' tidur yang tidak mencukupi sepanjang minggu hari bekerja.

Anak anak kami yang kurang sihat dan tidak dapat tidur malam akan terjaga hanya apabila baru dapat lena kerana dikejutkan oleh bunyi kuat dari masjid(terkecuali azan).

Ada diantara kami yang kerja shif dan fardhu kifayah mungkin akan bertukar menjadi dosa, apabila hati mencerca caci kerana tidak dapat tidur yang secukupnya, untuk bangkit semula bertugas pada masa yang singkat.

Pembacaan dengan pemahaman Al Quran adalah amat digalakkan lebih lebih lagi diwaktu subuh kerana pada masa itulah suasana tenang dan pemikiran tajam setelah otak berehat melalui tidur pada waktu malam. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya pihak masjid menyiarkan secara langsung apa yang berlaku di dalam masjid, selepas azan, umpama siri realiti TV.

[17:78]
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)

Dalam terjemahan melayu, tidak terdapat "pembacaan quran" walaupun ianya diterjemah sedemikian ( http://www.alquran-melayu.com/17-al-israa/ ) ;

Dalam terjemahan Bahasa Inggeris dan word by word translation juga terdapat "pembacaan quran" ( http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=17&verse=78 )

[Shakir 17:78] Keep up prayer from the declining of the sun till the darkness of the night and the morning recitation; surely the morning recitation is witnessed.

[Pickthal 17:78] Establish worship at the going down of the sun until the dark of night, and (the recital of) the Qur'an at dawn. Lo! (the recital of) the Qur'an at dawn is ever witnessed.

[Yusufali 17:78] Establish regular prayers - at the sun's decline till the darkness of the night, and the morning prayer and reading: for the prayer and reading in the morning carry their testimony.

Mungkin itulah sebabnya Allah berfirman dalam

[17 : 110]
" Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan JANGANLAH ENGKAU NYARINGKAN BACAAN DOA ATAU SEMBAHYANGMU, JUGA ENGKAU PERLAHANKANNYA, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

DAN

[7 : 205]

" Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai"



Sesungguhnya Allah maha memahami.... Saya amat berharap pihak masjid juga turut memahami masalah kami dan mengharapkan kerjasama pihak masjid menurunkan kekuatan bunyi microfon semasa solat serta ceramah ugama di jalankan.

[ 2 :256]
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Salam.


You can choose to change things. If more people sign the letter, the better.

[Yusufali 8:53] "Because Allah will never change the grace which He hath bestowed on a people until they change what is in their (own) souls: and verily Allah is He Who heareth and knoweth (all things)."

If you're happy feeling resentful and complaining behind their backs for the rest of your life, then good luck...

No comments: